07 August, 2009

solat Hajat dan penyampaian topeng muka


Pegerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah,Melalui Biro Agama Pemuda UMNO Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Ishak Hj Ibrahim telah mengambil tindakan segera dengan menganjurkan sembahyang /solat hajat bagi memohon kepada Allah agar penyakit/virus A H1N1 tidak merebak lagi, memandangkan virus ini adalah fenomena yang amat menakutkan masyarakat dunia hari ini atas rasa tanggungjawap inilah Pemuda UMNO Sabah melalui Biro Agama dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort telah memulakan langkah pertama pada 7 ogos 2009 di Masjid Beaufort dengan menganjurkan sembahyang /solat Hajat dan seterusnya mengedarkan 1000 keping topeng muka kepada para jamaah,lebih 1000 orang jamaah telah mengikuti solat hajat ini.menurut ketua Pemuda UMNO Sabah Saudara Azman,program ini akan diteruskan diseluruh Negeri sabah

by Ali