10 August, 2009

Gotong Royong membersihkan perkuburan Kg.Takuli




TAKULI AHAD/09/08/2009
Pergerakan Pemuda UMNO Beaufort telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan tanah perkuburan orang Islam kampung Takuli Beaufort dengan kerjasama JKKK Kg Takuli.aktiviti gotong royong adalah antara aktiviti yang telah dirancang oleh pergerakan pemuda umno Bahagian Beaufort. Ketua Pemuda Saudara Mohd Ishak Haji Ibrahim hadir sama dalam gotong royong tersebut.menakala Saudara Azly Nafsin pula sebagai pengerusi gotong royong di Kg.Takuli.Ketua Pemuda Saudara Mohd Ishak Hj Ibrahim dengan parang candungnya yang tajam bersemangat menunaikan tanggunjawap sebagai seorang pemimpin muda dengan cogankata RAKAN PEMBELA RAKYAT turun padang bersama penduduk kampung sama-sama membersihkan tanah perkuburan orang islam.apa yang lebih membanggakan dengan konsep 1 MALAYSIA yang diilhamkan orang perdana menteri telah direalisasikan oleh seorang AJK Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Saudara Richad Elleh meskipun dia seorang non muslim tapi dia turut sama hadir membersihkan tanah perkuburan orang islam.KONSEP 1 MALAYSIA telah berjaya dilaksanakan.
tahniah Pemuda Beaufort.
By Ali

Persidangan Tahunan Pemuda UMNO Bahagian Sipitang




SIPITANG 08/08/2009
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Saudara Ishak Haji Ibrahim menjadi wakil Pemuda UMNO Negeri Ke Persidangan Tahunan Pemuda UMNO Bahagian Sipitang di Dewan Pekan Mansapol,persidangan berjalan dengan lancar,persidangan Pemuda UMNO Bahagian Sipitang di rasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Sipitang.
by Ali